Tuesday, March 16, 2010

AIRVITA NEO - Penapis Udara Dengan Teknologi KILAT Pertama Di Dunia.


Penapis Udara yang mendapat pengiktirafan pingat emas di Pameran Inovasi Antarabangsa GENEVA 2005.

- Mengeluarkan 1,860000 juta vitamin seminit bagi keluasan 500kps

- Menghapuskan bakteria, virus dan mikro organisma di dalam udara

- Hanya menggunakan 1.5w tenaga elektrik sehari

- Menggunakan teknologi cas ion positif dan membebaskan ion negatif

- Menyedut asap, debu, habuk dan menghilangkan bau yang kurang menyenangkan

- produk yang fleksible dan boleh di bawa ke mana mana sahaja

- free maintainnance ( tidak perlu menukar filter )

- menepati piawaian elektronic antarabangsa.

- amat sesuai digunakan untuk ruang bilik tidur, bilik belajar, ruang tamu, bilik air, dapur, bilik karaoke ( BAR ),

pejabat, restaurent dan banyak lagi.

‘Prosthetic Eye’



Terdapat wireless kamera dalam mata palsu tersebut. Seterusnya, membolehkan mata itu merekod segala yang dilihat secara virtual lalu ianya dialirkan terus ke dalam komputer ( secara wireless ). Pada mulanya, mata tersebut tidak mempunyai apa-apa fungsi sehinggalah baru-baru ini beliau mengambil keputusan untuk menjadikannya berfungsi seperti dalam filem. Cyborg? Yang menarik sekali, apabila mata tersebut sedang merekodkan apa yang berlaku, sebiji lampu LED merah yang terdapat sekali di dalamnya akan menyala dan menjadikannya lebih ‘poyo’ daripada manusia biasa. Well, interesting! Eyeborg?

Robot Pencuci Pinggan Dari Panasonic





Pihak Panasonic nampak gayanya telah membelanjakan sejumlah wang besar bagi memudahkan kerja seharian kita terutama untuk mereka yang tidak suka mencuci pinggan. Robot ini pada asasnya hanya tangan dan juga lengan yang sangat berhati-hati bagi memastikan barang-barang kaca yang dipegang tidak dipecahkan. Pergerakannya dikawal oleh sebuah kamera.

Friday, January 22, 2010

Nuklear: Dasar lebih jelas bakal digubal




Date : 18 August 2009
Publication : Utusan Malaysia

Kerajaan sedang berusaha menggubal dasar yang lebih jelas dan terperinci bagi menjadikan tenaga nuklear sebagai sumber alternative negara supaya tiada sebarang tekanan di peringkat antarabangsa apabila ia dilaksanakan kelak.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Fadilah Yusof berkata, pada masa ini, apa yang telah diluluskan adalah kertas Kabinet berhubung cadangan untuk menjadikan tenaga nuklear sebagai sumber alternative negara.

Katanya, perlu ada polisi yang jelas mengenai tenaga nuklear di negara ini dan kementeriannya sedang menyediakan dasar-dasar tenaga tersebut untuk diluluskan sebelum dibawa keperingkat antarabangsa.

“Jadi, kita perlu melaksanakan atau menyediakan polisi jelas serta strategi yang betul bagi menjadikan tenaga nuklear sebagai tenaga alternative.

“Ia supaya tiada tekanan daripada peringkat antarabangsa apabila kita memutuskan sepenuhnya nanti untuk menggunakan tenaga tersebut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau meluangkan masa melawat serta memberi sumbangan peribadi kepada seorang gadis remaja, Rashimah Osman, 17, yang menderita penyakit buah pinggang di Kampung Kudei Lama di sini.

Fadillah berkata, dasar tenaga nuklear itu perlu memperoleh kelulusan terlebih dahulu di peringkat kerajaan sebelum ia dibawa ke peringkat antarabangsa.

Untuk tujuan itu, katanya lagi, kementeriannya akan memaklumkan kepada pemegang-pemegang amanah daripada kementerian berkaitan, agensi kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi berbincang dan mendapat maklum balas mengenai tenaga nuklear tersebut.

Pengawal angin – Pensyarah UTem cipta alat selaras tekanan tayar secara automatik




Date : 27 August 2009
Publication : Berita Harian

PEMANDU sering mengabaikan perhatian terhadap tekanan angin tayar kenderaan, antaranya kerana mereka tidak mengetahui kelebihan tayar yang mempunyai tekanan angin bersesuaian.

Mereka juga sering memberi alasan tidak sempat dan sukar ke kios untuk menambah atau mengurangkan angin, selain kurang arif mengenai tahap tekanan tayar kenderaan masing-masing.

Pemandu juga tidak menyedari sikap ambil mudah mereka dengan memberi pelbagai alasan untuk tidak mengisi tayar dengan angin bersesuaian itu sebenarnya boleh mengundang kecelakaan ketika di jalan raya.

Bagi mengatasi masalah itu, pensyarah Fakulti Kejuruteraan Pembuatan, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Ir Sivarao Subramonian, mencipta alat khas dikenali sebagai Automatic Tyre Pressure Controller (ATPC).

ATPC berfungsi mengehadkan tekanan angin tayar yang sesuai tanpa memerlukan pemandu mengetahui tahap tekanan yang sepatutnya.

Sivarao berkata, alat itu mudah dikendalikan menggunakan 'air compressor' atau pam tangan/kaki secara manual yang biasa digunakan di rumah.

"Selain mengehadkan tekanan angin ke tahap sesuai, alat ini juga secara automatik mengeluarkan bunyi apabila mencapai tekanan bersesuaian.

"ATPC juga mampu mengeluarkan angin dalam tayar secara automatik tanpa bantuan alat lain sekiranya berlaku over inflation atau lebihan angin," katanya kepada Berita Harian, baru-baru ini.

Beliau menjelaskan alat itu dicipta mengikut reka bentuk yang memenuhi keperluan pengguna dengan pelbagai kelebihan, antaranya boleh digunakan di mana-mana.

Saiznya juga kecil dan bersifat mudah alih, selain bebas kos penyelenggaraan dan harganya murah berbanding pelbagai kelebihan dimiliki.

Sivarao berkata, ATPC sudah mendapat hak paten dikeluarkan dalam beberapa model, iaitu PVC based single pre-set, aluminium made three pre-sets dan multiple robast presets untuk pasaran tempatan.

Beliau berkata, elemen keselamatan perlu dititikberatkan pemandu dengan memberi perhatian serius terhadap tekanan angin tayar sebelum berlaku sebarang malapetaka berpunca daripadanya.

"Tayar mempunyai sifat yang sama seperti belon, malah secara spesifiknya tekanan anginnya akan berkurangan 10 hingga 20kPa dengan sendiri setiap bulan.

"Justeru, pemandu perlu peka terhadap tekanan angin kenderaan masing-masing kerana ia bukan saja dapat memanjang sehingga 20 peratus jangka hayat tayar, malah menambahkan kecekapan brek dan menjimatkan petrol," katanya.

Kemampuan ATPC diiktiraf apabila meraih pelbagai pingat pada pertandingan reka cipta dan penyelidikan, antaranya gangsa di Pameran Reka Cipta, Inovasi dan Teknologi (ITEX) 2007 dan perak pula di Pameran Antarabangsa Reka Cipta, Teknik dan Produk Baru 2008 di Geneva, Switzerland.

Pengimejan MRI paling canggih di Asia




Date : 27 August 2009
Publication : Utusan Malaysia

SEKITAR tahun 1950-an, dunia perubatan telah menemui teknologi pengimbasan yang berfungsi membantu mengimbas imej organ dalaman pada manusia.

Dikenali sebagai Pengimejan Resonans Magnetik (MRI), ia berbeza daripada teknologi pengimbasan lain kerana tidak mendedahkan pesakit dengan radiasi disebabkan prosesnya tidak melibatkan penggunaan x-ray.

Teknologi bidang perubatan moden itu kini merupakan sebahagian daripada elemen yang sangat penting di setiap institusi perubatan.

Malah, implementasi prosedur berpandukan imej itu juga telah menjangkau batasan perkhidmatan konvesional menerusi keupayaan operasi pengimejan tercanggih serta rawatan yang minimum.

Ia dibuktikan oleh Pusat Perubatan Tropicana di Petaling Jaya apabila baru-baru ini melancarkan MRI dengan 32 saluran dan 1.5 tesla.

Pelancaran tersebut sekali gus mencatatkan sejarah dalam industri perubatan Malaysia kerana ia merupakan MRI ynag tercaggih dan pertama seumpamanya di rantau Asia.

Antara cirri utama mesin MRI yang dihasilkan oleh syarikat Siemens ini adalah mempunyai 32 saluran antenna pengimejan yang berfungsi untuk mempercepatkan masa pengimbasan tanpa menjejaskan kualiti imej.

Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Maximus Ongkili,aplikasi kemudahan dan infrastruktur teknologi perubatan kini semakin penting di semua institusi perubatan.

“Dunia perubatan tidak mungkin dapat mengalami kemajuan yang pantas tanpa kehadiran fungsi teknologi canggih.

“Justeru, semua pengamal media kini semakin didedahkan dengan aplikasi medium perubatan baru yang menggunakan computer serta teknik digital sama ada untuk tujuan kajian makmal, mengenalpasti penyakit, metod rawatan dan sebaginya,” katanya pada pelancaran MRI tersebut di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Mesin itu juga merupakan MRI pertama yang mempunyai keupayaan melakukan pengimejan MRI jantung secara menyeluruh.

Pengimejan magnetic yang komprehensif tersebut merangkumi pengimbasan diagnosis dan penilaian penyakit seperti arteri koronari, fibrosis dan luka pada jantung.

Selain itu, ia juga berupaya untuk mengesan kerosokan yang diakibatkan oleh serangan jantung, kematian otot jantung, pembengkakan, masalah salur injap, penyakit pericardial serta tumor jantung.

Ia secara tidak langsung menjadikannya sangat sesuai digunakan untuk proses penilaian sebelum pembedahan jantung.

Masa pengimbasan yang pantas juga akan dapat mengurangkan rasa tidak selesa kepada pesakit.

Daripada sudut lain pula, ia merupakan mesin yang pertama mempunyai kebolehan melakukan imbasan payu dara beresolusi tinggi dengan kejelasan dinamik.

Melalui perkhidmatan berkenaan, MRI itu sesui dijadikan alat penilaian mikro yand lebih spesifik bagi mengesan penyakit barah payu dara pada peringkat awal.

Dengan kelebihan mesin yang bernilai RM4.5 juta, ia bakal menjadi alternative yang lebih baik daripada mesin ultrasound atau pun mammogram.


Teknologi baru ternak ketam




Date : 21 August 2009
Publication : Utusan Malaysia

Bukan mudah untuk 'mereka cipta' satu habitat haiwan khususnya ternakan dalam air. Namun teknologi boleh memungkinkan segalanya meskipun kejayaan boleh ditentukan kemudian, selepas mengharungi tempoh percubaan yang lama.

Ini yang cuba dilakukan oleh TBV Management Sdn. Bhd. (TMSB) , sebuah syarikat tempatan yang berjinak-jinak dalam teknologi akuakultur untuk ternakan ketam nipah atau nama saintifiknya Scylla serrata.

Biasanya penyelidikan melibatkan organisme hidup menggunakan kaedah in situ atau pada keadaan habitat sebenar tetapi syarikat terbabit, yakin akan mencapai sesuatu yang memberangsangkan, sekali gus mampu melonjakkan pengeluaran hasil akuakultur khususnya ketam.

Bagaimanapun syarikat terbabit cuba memperkenalkan sistem tertutup yang mana air ternakan dikitar semula selepas dibersihkan secara automatik menggunakan teknologi khusus.

Teknologi yang dikenali sebagai Sistem Ketam Bersepadu (ICS) itu dianggap satu revolusi baru dalam bidang akuakultur yang mampu menjana pengeluaran ketam berlipat ganda.

Malah, syarikat terbabit bertuah kerana mendapat sokongan dan bantuan Jabatan Perikanan menerusi kerjasama Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Akuakultur Kebangsaan, Pulau Sayak Kedah.

Menurut Pengarah Urusan TMSB, Datuk Norazman Adnan, pihaknya telah melabur sehingga RM1 juta sejak beberapa bulan lepas bagi membangunkan sistem tersebut di Kelibang, Langkawi dengan kerjasama Jabatan Perikanan.

Di pusat tersebut, anak ketam dibiakkan dalam kolam tetapi menghadapi masalah untuk membesar atau lambat mencapai saiz pasaran, selain masalah pemangsaan sesama sendiri dan berebut makanan.

Justeru, pihaknya kemudian memperkenalkan ICS yang mana anak-anak ketam yang beratnya 100 gram (g) di tempatkan dalam petak khas diperbuat daripada PVC untuk menjadi habitat kepada ternakan tersebut.

''Di bawah sistem yang ada ini, setiap seekor ketam ditempatkan dalam petak kecil itu yang mana ICS ini mempunyai sama ada 288 unit petak atau 868 unit," katanya ketika ditemui pada majlis perjumpaan kerjasama penyelidikan dan Projek Perintis Ternakan Ketam di Pulau Langkawi baru-baru ini.

Hadir merasmikan majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Perikanan, Datuk Ahamad Sabki Mahmood serta Pengarah Perikanan Kedah, Teo Siong Wan.

Norazman berkata, meskipun sistem tersebut masih di peringkat percubaan dan sedang diuji keberkesanannya, beliau melihat ia mempunyai kebaikan daripada pelbagai aspek antaranya mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi penternak ketam.

Masalah tersebut termasuk sukar memperoleh benih, ketiadaan teknologi sesuai, dan modal yang tidak mencukupi.

''Oleh kerana kita masih mengimport benih ketam dari Thailand, Indonesia dan Vietnam, kami (TMSB) berazam menyebarkan teknologi ini kepada mereka yang berminat," katanya sambil memberitahu bahawa sistem yang di pasang di Langkawi itu baru beroperasi selama dua bulan.

Bagaimanapun, katanya, kerja-kerja pengawasan kualiti air supaya sentiasa mematuhi kehendak sistem, pengumpulan data dan bacaan lain dicatat untuk tujuan rekod.

Katanya, ketam akan cepat membesar jika bersalin kulit dan ini yang mendorong pihaknya dan Jabatan Perikanan mencari jalan bagaimana proses tersebut dapat dilakukan dengan kerap.

Proses salin kulit bermula pada keadaan biasa apabila mencapai umur 30 hari dan ketika itu, beratnya mencecah 180g dan ia menjadi cabaran utama sebelum cangkerangnya menjadi keras dalam tempoh enam jam.

Beliau menjelaskan, banyak aspek ternakan masih dalam penelitian bersama Jabatan Perikanan memandangkan ada dakwaan bahawa ketam nipah akan mati jika habitatnya tidak sesuai.

Ini kerana, ketam nipah sukakan kawasan gelap dan suka 'menyendiri' bagi mengelak menjadi habuan binatang lain.

Ketam juga dikatakan akan cepat membesar jika mencabut anggota badannya kerana ia akan tumbuh semula.

Ketam boleh dijual pada umur antara antara empat dan enam bulan atau apabila beratnya mencapai antara 350g dan 500g. Harga pasarannya boleh mencecah sehingga RM25 sekilogram.

Mengulas lanjut, beliau berkata, selain didorong oleh minat dan ingin membantu ramai pengusaha ternakan ketam, beliau berharap dapat membantu meningkatkan industri akuakultur itu ke tahap yang membanggakan.

Kenyataan beliau disokong oleh Ahamad Sabki yang menjelaskan bahawa kerajaan sedang giat meningkatkan pengeluaran hasil akuakultur negara dan langkah ke arah itu kini berada di landasan betul.

Kata Ahamad Sabki, pengeluaran akuakultur meningkat 20 peratus dalam tempoh 2007-2009 melibatkan ternakan seperti siput sudu, ketam, tiram.

Katanya, ketika ini jumlah pengeluaran spesies kerang-kerangan mencecah 135,00 tan metrik .

Selain itu, kerajaan juga mahu supaya pengusaha akuakultur mampu menjana pendapatan sehingga RM3,000 sebulan seperti yang disasarkan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Pada masa sama, ia menyokong Dasar Jaminan Bekalan Makanan 2008-2010 untuk menambah pengeluaran makanan negara bagi keperluan sendiri.