Friday, January 22, 2010

Pengimejan MRI paling canggih di Asia




Date : 27 August 2009
Publication : Utusan Malaysia

SEKITAR tahun 1950-an, dunia perubatan telah menemui teknologi pengimbasan yang berfungsi membantu mengimbas imej organ dalaman pada manusia.

Dikenali sebagai Pengimejan Resonans Magnetik (MRI), ia berbeza daripada teknologi pengimbasan lain kerana tidak mendedahkan pesakit dengan radiasi disebabkan prosesnya tidak melibatkan penggunaan x-ray.

Teknologi bidang perubatan moden itu kini merupakan sebahagian daripada elemen yang sangat penting di setiap institusi perubatan.

Malah, implementasi prosedur berpandukan imej itu juga telah menjangkau batasan perkhidmatan konvesional menerusi keupayaan operasi pengimejan tercanggih serta rawatan yang minimum.

Ia dibuktikan oleh Pusat Perubatan Tropicana di Petaling Jaya apabila baru-baru ini melancarkan MRI dengan 32 saluran dan 1.5 tesla.

Pelancaran tersebut sekali gus mencatatkan sejarah dalam industri perubatan Malaysia kerana ia merupakan MRI ynag tercaggih dan pertama seumpamanya di rantau Asia.

Antara cirri utama mesin MRI yang dihasilkan oleh syarikat Siemens ini adalah mempunyai 32 saluran antenna pengimejan yang berfungsi untuk mempercepatkan masa pengimbasan tanpa menjejaskan kualiti imej.

Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Maximus Ongkili,aplikasi kemudahan dan infrastruktur teknologi perubatan kini semakin penting di semua institusi perubatan.

“Dunia perubatan tidak mungkin dapat mengalami kemajuan yang pantas tanpa kehadiran fungsi teknologi canggih.

“Justeru, semua pengamal media kini semakin didedahkan dengan aplikasi medium perubatan baru yang menggunakan computer serta teknik digital sama ada untuk tujuan kajian makmal, mengenalpasti penyakit, metod rawatan dan sebaginya,” katanya pada pelancaran MRI tersebut di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Mesin itu juga merupakan MRI pertama yang mempunyai keupayaan melakukan pengimejan MRI jantung secara menyeluruh.

Pengimejan magnetic yang komprehensif tersebut merangkumi pengimbasan diagnosis dan penilaian penyakit seperti arteri koronari, fibrosis dan luka pada jantung.

Selain itu, ia juga berupaya untuk mengesan kerosokan yang diakibatkan oleh serangan jantung, kematian otot jantung, pembengkakan, masalah salur injap, penyakit pericardial serta tumor jantung.

Ia secara tidak langsung menjadikannya sangat sesuai digunakan untuk proses penilaian sebelum pembedahan jantung.

Masa pengimbasan yang pantas juga akan dapat mengurangkan rasa tidak selesa kepada pesakit.

Daripada sudut lain pula, ia merupakan mesin yang pertama mempunyai kebolehan melakukan imbasan payu dara beresolusi tinggi dengan kejelasan dinamik.

Melalui perkhidmatan berkenaan, MRI itu sesui dijadikan alat penilaian mikro yand lebih spesifik bagi mengesan penyakit barah payu dara pada peringkat awal.

Dengan kelebihan mesin yang bernilai RM4.5 juta, ia bakal menjadi alternative yang lebih baik daripada mesin ultrasound atau pun mammogram.


No comments:

Post a Comment