Friday, January 22, 2010

Veeda bawa teknologi perubatan termaju ke Malaysia




Date : 13 August 2009
Publication : Berita Harian

MALAYSIA akan menerima satu lagi suntikan dalam bidang teknologi perubatan apabila Veeda Clinical Research, pertubuhan penyelidikan klinikal yang berpangkalan di Ahmedabad, India merancang untuk meneroka sektor berkenaan di negara ini.

Syarikat itu merancang menubuhkan unit penyelidikan termajunya di Hospital Ampang Kuala Lumpur sebelum akhir tahun ini.

Veeda, pertubuhan penyelidikan yang berkembang paling pantas di India itu memilih Hospital Ampang untuk menjalankan fasa pertama percubaan klinikal ke atas manusia, menerusi satu perjanjian dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Ia akan bermula dengan penyediaan kemudahan 28 katil di bawah fasa pertama, membabitkan setiap percubaan ubat atau rawatan baru yang dibuat, disamping pengwujudan unit awal pembangunan klinikal di hospital itu.

“Kami memerlukan sejumlah infrastruktur yang perlu ada, yang menjadikan Malaysia sebagai daripada sebab kami memilih sebagai tempat untuk membangunkan unit penyelidikan kami.

“Satu daripadanya adalah keupayaan pembangunan klinikal awal ubatan terhadap manusia. Ini termasuk kajian awal pesakit,” kata Pengarah Perubatan kumpulan Veeda, Maurice Cross kepada Bernama.

Veeda adalah pakar pembangunan klinikal ubatan awal yang kos efektif, mempunyai kemudahan di Belgium, India dan United Kingdom, yang mana lanjutan Fasa I dan II percubaan klinikal dijalankan.

“Komponen utama perjanjian antara pertubuhan itu dengan Kementerian Kesihatan Malaysia adalah berkaitan pengwujudan kumpulan pakar negara ini untuk menjalankan percubaan. Antara yang dicadangkan ialah kursus teknologi percuban klinikal mungkin boleh dijalankan di institusi pengajian tempatan.

“Unit ini akan memiliki teknologi yang diperlukan bagi menjalankan percubaan klinikal, termasuk pendedahan pertama terhadap manusia,” katanya.

No comments:

Post a Comment